Monday, May 09, 2011

cinta hati saya

 sy rs xpenah wat 1 n3 khusus utk cinta2 hati saya..wohh..bunyik mcm sy byk bercinta n byk jgk boiprennya..hahha.walhal 1 pn xdak..huhu..xpe2..xyah ty psl tu..ni sy nk cite psl cinta hati sy yg chumel..tomei..little bit notti..smart..funny..(hehhe..xkan sy nk kutuk cinta hati sy sendiri..)..

inilah cinta hati sy
hehe..pic ats ni nmpk cam debab jerk..pdhal xpn..corak bj telah membantu penglebaran tubuh bdn..nmpknya betulla ape cikgu KHB aku ajr dulu..huhuhu..
masa berlalu cpt gile..sbb terbayang lg muka bolat cik putri ms br tgk dunia dulu..skrg dh 1 thn 6 bln 9 hari dh..
Telatah dan perkembangan cinta hati sy :
1. klkr gile bile dia start miming bile dgr lagu kat radio..siap berkerut bagai muka feeling gile.
2. dia tau nyanyi 'twinkle2', 'baa baa black sheep' n 'ibu'..dlm versi pelat dia..
3. Alhamdulillah skrg tgh excited kire 1 to 10...'wan..tu..chi..po..pai..chek..beben..etk..nai..te..' chomel!
4. kalu dia xnk wat sesuatu..dia akn kata..'nanak laa'..kalu nk sesuatu dia akn kata 'nak laaa..'..'laa' dia tu punyala lembut gile smpai kdg2 cair hati sy..huhuhu
5. dh pndai wat bunyik2 binatang..cat..ayam..tiger..bird..cow..n skrg..aduh..dia leh ajuk dog punya lidah..ni sume sbb aritu nmpk dog jelir2 lidah dia la..ayoo..
6. bile nmpk katun upin ipin..automatik akn 
 kata..'tcho..tcho..tcho..haaa'
7. knl KLCC..bile nmpk KLCC dia akn kata 'cheychi'..
8. kalu dgr azan..dia suh kte syp..'syhhh'...n kalu nmpk masjid..dia akan kata 'Allah'..n kdg2 silap azan skali..huhuhu
9. bile nmpk tulisan jawi..dia akn wat konon2 tgh mengaji..bila nmpk tulisan rumi..dia akn kata 'A..CHI..G..DEY..'
 10. bile nk msk bilik or rumah yg pintu berutup..dia akan kata 'tatom'..even toilet pn dia bg salam..harharhar..

ade lg telatah dia yg menghiburkan hati sy..tp mls nk taip pnjng2..tp time tgk pembesaran ank ni la rs betapa sweetnya jd seorg ibu..mst mak sy pn rs mcm ni kan dulu..cuma mak sy xde blog je nk tulis2 mcm sy..hehehe

1 day old






1 month

2 months
3 months

4 months
5 months
6 months
byk ni pic..every month ade..tp nk upload quite leceh pasai once upload..pic lari2..tp kat bwh ni latest pic dr cinta hati sy..sbnrnya ade lg latest kat zoo..tp lum transfer dr camera..

Putri Fatin Afryna with her new 'kelawar'
So..kepada diri sy..i wish myself..'Happy Mother's Day' n xlupa kpd mak n mak mertua sy n kpd anda sume..!!!=)

Friday, April 22, 2011

Andai lelaki itu tahu..

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.   Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.   Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.   Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
 
credit 2 Halimatun Ima 

Thursday, April 14, 2011

hati

bile dia ade dpn mata..sy suka..tp kdg2 sakit ati jgk..lg2 bile ade kelakuan dia dan percakapan yg xkena dgn jiwa sy..sy rs nk belasah je dia dgn perangai dia yg annoying gle..
bile dia xde dpn mata sy..sy nk dia sentiasa berada di sisi sy..menghabiskan waktu bersama..berkongsi minat dan idea bersama...
bile dia jauh sgt dgn sy dan xde kabar berita...sy rs mcm nk gile!..oh masa..cepatla berlalu..sbb sy xsbr nk menunggu..
kepada si dia.."i miss u..so much!!!"